Saturday, 12 January 2013

DIARY part 1


As salam..

Wah wah wah !! Fuh fuh. Sarang sana sini. Dah boleh menternak baby lipas dah dalam blog aku ni. Hahaha. Semerbak haruman kasturi. Yeah !! hahah. Sorry sebab dah lama tak update blog. Nikmat tidak terhingga bila dekat dgn family. Korang tahu ke? Ok, tanpa membuang masa. Aku ada cerita untuk di kongsikan untuk korang yg sudi menjengah blog aku yg tak seberapa ni dan khas buat SILENT READER yg suka sangat baca blog aku secara senyap tanpa meninggalkan jejaknya tapi aku dapat hidu kehadiran kau kat blog aku ni.

Kisah ini bermula di mana, seorang gadis telah dirisik oleh seorang jejaka bernama D dan risikan bermula di laman muka buku. Hehehe. Cinta cyber lah konon.  Hehe. Tetapi disebabkan si gadis tidak lagi mempercayai semua lelaki, si gadis tidak melayani segala persoalan yg telah diberikan oleh D. D tidak berputus asa. Dia berusaha dan terus berusaha untuk menambat hati si gadis tersebut. Si gadis terasa bersalah memperlakukan D sebegitu dan membuat keputusan untuk mereka terus berkawan.

Hampir setahun hubungan mereka terjalin atas dasar kawan dan hubungannya berjalan seperti biasa. Si gadis tidak memberi peluang untuk D bertakhta di hatinya kerana baginya semua lelaki sama sahaja dan padanya cukuplah sekadar kawan. Untuk pengetahuan semua, si gadis dan D hanya berhubung melalui laman muka buku sahaja. D tidak pernah sesekali meminta nombor telefon si gadis tersebut melalui akaun facebooknya. Si gadis berasa pelik dan hairan kerana D tidak seperti lelaki lain yg dikenalinya  tetapi si gadis tidak pula bertanyakan tentang perkara itu kepada D. Sehingga lah satu hari, D pergi ke KL semata mata untuk bertemu dengan gadis idamannya yang belajar bandar metropolitan itu. Dengan bertemankan adik perempuan D dan rakan sekolah si gadis tersebut yg bernama Syaz semasa berada di tingkatan 1. Mereka menuju terus ke hostel gadis tersebut berpandukan GPRS. Hihi. Kesungguhannya ternyata membuahkan hasil.

D memandu laju keluar dari kediaman si gadis tersebut dan berhenti untuk dinner atau boleh dipanggil supper jugak lah sebab sudah lewat malam. Si gadis tersipu malu untuk berbual dengan D. D pula berdebar untuk memulakan bicara. Hihihi. So sweet lah korang ni. Malu malu kucing pulak. Hihihi. Akhirnya Syaz juga lah menjadi orang perantaraan diantara mereka berdua. Adik D hanya ketawa melihat telatah mereka yang agak menggelikan hatinya. Hari semakin lewat malam dan si gadis memutuskan untuk pulang ke rumah. Tanpa berlengah lagi mereka bergerak ke kereta dan kali ini, Syaz pula yang mengambil alih tempat D untuk memandu. D duduk bersebelahan dengan si gadis di tempat duduk belakang. D dengan yakinnya, mengeluarkan handphone SII canggihnya dan dihulurkan kepada si gadis supaya si gadis menaip nombor telefonnya. Si gadis taip dan D tersenyum lebar. Syaz hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakannya dan mengusik manja. Di dalam hati Syaz “ ya ALLAH, satukan lah mereka. Amin “.

Beberapa minggu kemudian, si gadis telah diberitahu bahawasanya dia akan di hantar praktikal di salah sebuah hospital di Selatan tanah air, dimana tempat kelahirannya. Hatinya sungguh gembira tidak terkata. Si gadis menghitung hari dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setibanya di tempat praktikal, D datang dan menjemput si gadis keluar bersiar-siar di Melaka bersama rakan-rakannya. Si gadis sangat gembira berada di sisi D. Semasa berada di Melaka, si gadis dan D telah membeli seutas gelang tangan yang terukir nama mereka berdua. Setelah selesai mengelilingi bandar bersejarah, D dan rakan-rakannya menghantar si gadis pulang ke hostel. Bermula lah saat itu, D dan si gadis semakin rapat dan D membuat keputusan untuk berjumpa dengan keluarga si gadis dan menerangkan kepada keluarga si gadis tentang hubungan mereka. Alhamdulillah, keluarga si gadis dapat menerima D dengan hati yang terbuka dan merestui hubungan mereka.

D seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengambil kesempatan diatas kesempitan yang ada. Sepanjang praktikal, D lah yang berulang-alik dan bersusah payah mengambil dan menghantar si gadis dari hostel ke kediaman orang tuanya di Bandar JB. Si gadis sangat bersyukur kerana ALLAH telah temukannya dengan lelaki yang cukup sempurna. Alhamdulillah ya ALLAH.



Sorry lah, aku ni tak pandai nak bercerita sangat. Tapi tu ada sedikit cerita yang aku nak kongsi   dengan korang. Jangan lupa nantikan DIARY part 2 plak. hihihi. Bajet hot pulak kau ye. =) ok, Wasalam.

                                                                                                                                To be continue…

2 comments:

~RuSyDi_AsrI~ said...

hahahaa,,, nice laa kwn~~~ hohohoo... cto den x nk publish..?? hohohoo.. ^_^

Nurliyana Ramli said...

Thnx dear.. Cito ekau? Cito apo? Hahaha.. den xdo cito psl ekau la jang.. hihi..

SHOUT BUSUK : Start !-->