Saturday, 11 May 2013

DIARY part 2

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia *sambil nyanyi kuat-kuat*. cewahhh. Sejak dua tiga empat dan lima menjak ni, nyanyi sokmo. Hahaha. Hati ada bunga. Itu bunga sudah dipetik sama itu jejaka punya family lah. Hahah. Ok, mengarut tahap cipan. Hari ni aku nak sambung cerita DIARY part 1 aku yg tergantung berbulan-bulan yg lepas. Bukan malas tapi takde masa. Sungguh, sampaikan superSYG suruh downloadkan lagu english yg dia nak pon aku tak download lagi. Merajuk dah dia taw. Kat situ korang dah boleh nampak kn ? aku sangat sibuk saat dan ketika ini. Ok, jom ikuti cerita aku selanjutnya.




             Si gadis kini sudah menamatkan zaman belajarnya dan kini telah memasuki alam pekerjaan. Bersyukur tidak terhingga walaupun bekerja sebagai staff di klinik biasa sahaja. Akan tetapi, keluarga si gadis dan D tidak pernah memperlekehkannya malah dibantu mencari pekerjaan yg lebih sesuai. Pada petang yg dingin, sedang elok gadis membuat kerjanya, si gadis menerima panggilan dari pihak kolej bahawa dia dijemput untuk menghadiri Majlis Convocation pada 31 March. Sungguh teruja rasa dihati. Saat yg dinanti-nantikan oleh semua yg bergelar pelajar.


             Pada subuh 30 March, si gadis bersama keluarganya dan D menuju ke bandar metropolitan yg tersergam indah. Pada pukul 12 tengah hari mereka singgah makan di hadapan dewan yg akan berlangsung pada esoknya. Selesai mengalas perut, mereka check in hotel. Berehat sebentar untuk menghilangkan rasa penat masing-masing. Pada malam itu pula, secara kebetulan rakan mereka, Syaz dari Johor Bahru juga berada di bandar tersebut. Mereka telah merancang untuk keluar makan bersama. Ibu bapa si gadis telah memberi keizinan kepada mereka untuk keluar asalkan pulang awal ke hotel kerana keesokan harinya Majlis Graduasi bakal berlangsung.


             Mereka pulang ke hotel tepat pada masa yg dijanjikan. Mandi, solat, rehat dan kemas apa yg patut kerana selepas majlis itu, mereka akan berangkat pulang ke negeri merah biru mereka. Selesai mengemas, si gadis melabuhkan punggung dan melelapkan mata yg sedari siang tidak berehat.



            Tibalah Majlis Graduasi yg diimpi-impikan selama ini. Si gadis ingin memakai baju jubah yg menjadi kebangganya. Yang penting, dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah setelah 3 bulan tidak bersua. Usai majlis, si gadis turun dari tangga dan melambai manja ke arah keluarganya dan tidak lupa pada kekasih hatinya. Si gadis sangat gembira. Gembira yg tidak terkata dan bersyukur diatas kurniaan yg telah diberikan padanya.




            




abaikan picture ni sebab kitorang memang gila bergambar.
Kat mana-mana pon boleh posing. inilah super duper SYG aku.
Comel kn ? maksud aku, tang perut tu. hahaha.
Syg, jgn marah nanti kena jual.



p/s : tunggu DIARY part 3. In sha ALLAH aku akan update pada 2/6/2013 nanti jika tiada halangan.


No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->