Saturday, 8 June 2013

ALHAMDULILLAH, DIA TUNANGKU..

As salam..
ok aku tahu aku tak menepati janji. Bukan sengaja tetapi terlalu sibuk. maaf maaf. heheh.

hari ni aku nak tamatkan cerita aku. Senang cerita, kesinambungan dari 2 entry sebelum ni.

Aku nak bagitahu yg mereka telah pun bertunang. Alhamdulillah. 1/6/2013 hari tu. Kawin? in sha ALLAH ada rezeki, ada duit, ada lah majlis kawin nanti. Aku mengharapkan ending yg happy dan baik-baik jek. Aku harap korang dapat mendoakan kebahagiaan kami. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi cerita. Setiap perkenalan tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan tidak juga berakhir dengan kedukaan. Perkenalan kami tidak sampai setahun, tapi kesungguhan En. Tunang untuk menjadikan aku isterinya membuatkan aku rasa terharu dan rasa bersyukur. Sekarang dia lah KAWAN, dia lah BOYFRIEND, dan dia lah TUNANGku. Yang penting dia sangat memahami. RUSSYDI bin RADZUAN, saya berharap awak akan menjadi imam saya tak lama lagi. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak. Kepada family ku tersayang, ketahuilah bahawa aku tidak akan pernah melupakan kamu semua even aku sudah berkahwin sekalipun. Kepada family bakal mertua, in sha ALLAH aku tak akan pernah membahagikan kasih sayang. Kasih sayang yg sama rata. Macam biasa lah kan, takde gambar tak best. hihihi.


bersama emak, ayah dan adik..
bersama bakal ibu mertuaku.. haha..

family tunang..
kakak, adik, emak dan atok sedara pihak lelaki..
hantaran dari pihak perempuan..
sesi bergambar bersama tunang tersayang..
family aku..


bakal adik ipar walaupun umurnya tua dari aku tetap jadi adik juga. hahaha.
saudara dan kakak En. Tunang..
ini dia girlfriend aku.. thnx syg sudi tidur rumah aku..
En Tunang bersama emak nya..
para jemputan..
kawan-kawan sekolah..
sesi memotong kek.. yummm yummm..
cincin tunang tapi tinggal bekas jek sebab cincin aku dah pakai.. hahah..
tadaaa.. ini dia cincin tunang aku.. simple tapi sangat berharga..
thanks bakal adik ipar.. sanggup buatkan sirih junjung ni walaupun penat
sebab baru sampai dr KL.. hehehe.. mmmmmuuuuaaah sikit..
hantaran dari pihak lelaki..


Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yang datang memeriahkan majlis tunang kami. Hanya ALLAH yg dapat membalas jasa baik kalian.

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->