Sunday, 29 June 2014

Pergi yg takkan kembali

Assalamualaikum.
Agak lama jugak tak update entry baru. Sebabnya hp ada masalah sikit. Terpaksa hantar kedai. Kemalasan nk update guna lappy sgt luar biasa. Tersangat malas. So aku decide utk tunggu hp dibaik pulih then update guna hp jek. Senang dan ringkas. Ye tak? Makan masa 2 minggu jugak aku hidup tanpa hp ni. Hehehe. Ok la. Aku ada kisah sedih yg nak dikongsi kan bersama kawan2 blogger. Pada Selasa yg lepas lebih kurang pukul 1.15pm bersamaan 23 June 2014, kami sekeluarga telah digemparkan dgn satu berita yg sangat mengejutkan iaitu berita kematian makcik. Berita yg kami rasa sgt2 mengejutkan. Sebab nya aku baru seminggu yg lepas berjumpa dgn arwah. Arwah nampak sihat pada ketika itu. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia. Permergian mu amat terasa sekali. Arwah dpt merasa rumah yg baru siap dibina. Cuma terkilan arwah tak dapat melihat 2 orang anak lelakinya bernikah pd tahun ini. Kau pergi disaat kita semua ingin menyambut Ramadhan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri. Kehilanganmu sangat2 memberi impak pada kami seluruh keluarga. Terasa kehilangan sangat2. Semoga kau tenang disana Cik Ani. Aku doakan semoga keluarga arwah tabah hadapi saat2 yg menyedihkan ini. Arwah meninggal disebabkan kuman dalam paru-paru dan darah. MashALLAH. Kau pergi meghadap ilahi dgn mudah sekali tanpa menyusahkan org lain. Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan pengebumiannya. Kenangan kita takkan pernah sekali aku lupa. Ketawa mu, usikan mu masih terngiang-ngiang di telinga ku. Umpama kau masih bersama kami. Lepas ni tak ada org dah nak tolong akak jahitkan baju. T_T



No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->