Saturday, 7 March 2015

Bridal Andaman Mahligai Kasih pilihan hati

Assalamualaikum.
Untuk sesiapa yang nak kahwin tu. Aku nasihatkan prepare awal-awal. Jangan sebulan dua nak kawin baru nak cari bridal, baru nak cari cameraman. Haaa tu korang cari nahas sendiri la. Hehe. Macam wedding aku. Aku start mencari bridal sehari selepas majlis bertunang. Even masa tu aku pon tak tahu bila majlis kawin aku. Sebab dalam perjanjian masa bertunang tu, kami letak 2 tahun hidup. So ada masa 2 tahun kami nak prepare utk majlis bersejarah kami tu. SuperHUBBY aku memang tak suka buat kerja last minute. So kami decide kalau ada masa terluang kami akan pergi ke butik-butik, bridal-bridal yang ada kat JB ni. Semua kami terjah. Kami bukan nak buat grand sangat pon. Cukup la majlis yg bersederhana dan meriah. Itu niat aku. Taknak menyusahkan pihak lelaki mahupon family aku sendiri. Segala expo pengantin yg ada semua kami pergi. Semua tak menepati citarasa kami. Ada yg bridal rm5500 tapi sangat mahal bagi aku. Rasa macam membazir. Sebab pada aku, buat apa membazir pada majlis tapi lepas kawin kau gigit jari? Takkan nak makan nasi dengan garam jek. Tu pada logik aku la. Tak tahu la mentaliti orang lain kan. Lain orang lain pemikirannya. So aku try cari bridal lain. At last, aku jumpa jgk 1 bridal ni. Terletak di larkin perdana, atas Restoran Sharin Low. Nama bridal tu Andaman Mahligai Kasih. Bincang punya bincang, dye bagi semua macam yg bridal rm5500 tu bg tapi dengan harga jauh lebih murah. Yang aku puas hati sangat dengan bridal ni, dye sangat-sangat-sangat-sangat dan tersangat lah peramah. Kau boleh jadi kawan even baru 5min berbual dgn dye. Banyak jgk yg dye bagi discount. Aku pulak jadi segan. Makeup pon sangat tiptop. Aku suka. Makeup xmerekah dan takde line pon kat muka. Smooth sangat. Lepastu barang2 makeup semua berjenama dan akak farah ni sangat la sporting org nya. Oppps, lupa nak bagitahu. Andaman ni diusahakan oleh Kak Zai. Tapi utk makeup, anak dye Kak Farah yg makeup kan. So ni kira family business la. Haaa mcm tu. Ada masalah boleh bawak bincang. Dorang sangat sporting. Boleh bertolak ansur. Tak macam sesetengah bridal yg aku pergi sblm ni. Nak mintak kurang sikit pon tak boleh. Memang takkan dapat la. Sebab harga dah fix katanya. Dengan AMK ni dah berapa ratus agaknya akak ni bagi discount kat aku. Yang penting, korang pon jangan lah berkira sangat. Kalau kita berkira, orang pon berkira jugak dgn kita. Pada yg nak kawin area JB ni, kalau nak guna khidmat bridal ni, boleh la pergi terus ke kedai. Kalau tak tahu, boleh follow akak ni kat fb : Andaman Mahligai Kasih. Kalau tak tahu jugak, aku tak tahu nak cakap apa. Hahaha. Kitorang tahu bridal ni pon sebab bff kitorang guna khidmat bridal ni masa dye kawin tahun lepas. Tak sangka bridal ni the best bridal yg pernah kitorg jumpa. Hehehe. Kalau orang tanya aku mana bridal yang ok, memang aku akan recommend bridal ni. Sangat puas hati. Dari segi makeup, pelamin, hiasan semua aku puas hati. Good job Kak Zai & Kak Farah. Mudah-mudahan rezeki akak bertambah. Amin.









Hasil tangan Kak Farah. Korang boleh follow dye punya ig.






terima kasih sebab dah menggembirakan saya di hari bahagia saya, Kak. Acececeh.









Pelamin dari Andaman Mahligai Kasih



 






our BFF & his wife






my family







hubby & wifey





family mertua







psst : Gambar kat atas ada yg xclear sangat sebab ambil guna phone jek. Hehehe. Tunggu gambar dari cameraman pulak nanti ye.

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->