Monday, 9 March 2015

Day 1 : Langkawi

Assalamualaikum.
Hari ni pagi-pagi lagi dah bersemangat nak update entry. Hehehe. Hari ni aku nak cerita pasal honeymoon kat Langkawi. Actually, pada mulanya ktorang takde plan pon nak pergi honeymoon. Tapi bff ktorg ni rajin sangat survey tiket flight. Katanya tiket flight ke Langkawi murah. Rm37 SAHAJA untuk one way. So, tanpa fikir panjang. Ktorg pon suruh bff booked untuk tiket pergi dan balik ktorg sekali. Kebetulan bff mmg nak ke Langkawi, so ktorg pon ikut lah sekali. Bukan nak shopping pon. Sekadar rehatkan badan selepas penat mengharungi liku-liku kehidupan. Hehehe. Aku kan nikah 14/2/15. SuperHUBBY plan nak naik KL hari ahad petang. So aku pon ikutkan jek la. Sampai KL dah malam. Hantar bff dan wife dia balik rumah dorg, ktorg pon cari lah kedai makan sebab dah lapar. Jumpa kedai makan nasi ayam penyet favourite superHUBBY.  Singgah makan then balik rumah adik ipar dekat Kampung Pandan. Stay sana 1malam sebab flight ktorg pukul 1pm esoknya. 16/2/15, pagi-pagi lagi kitorg dah keluar rumah. Bawak adik ipar pergi breakfast, then jalan-jalan dengan superHUBBY. Lepas puas berjalan, terus ke rumah bff ambil dia dan isteri. Dalam pukul 11am, kitorang pecut laju-laju ke KLIA sebab kami tahu kami dah lambat. Hehehe. Sampai KLIA ngam-ngam pukul 12noon. Check in pastu jalan-jalan dalam situ. 15min sebelum pukul 1, kitorg dah gerak masuk dalam flight. Perjalanan ke Langkawi ambil masa 45min jek. Sampai jek di Lapangan terbang Langkawi, ada sorg akak ambil kitorg sebab kitorg booked kereta dia utk 4hari. Husband dia staff BSN jugak sama dgn superHUBBY aku. Senang nak deal kalau dgn staff BSN. Rumah pon kitorg dapat rumah rehat BSN betul-betul atas BSN dan berada di Pekan Kuah. Sampai di rumah BSN, siap-siap mandi lepastu solat. Lepas solat, lapar pulak. Kami pon keluar makan di area situ jugak. Malas nak pergi jauh-jauh sebab badan dah penat. Plan, balik makan tu nak rehat jek. Malas nak keluar ke mana-mana. Tapi, berangan jek la. Sampai sana hilang dah penat. Hehehe. Otak ingat nak shopping jek. Untuk hari pertama sampai tu, kami tak shopping sangat la. Cuma jalan-jalan ke Jeti, pergi Pantai Chenang. Balik rumah, mandi, solat then terus tidur. Hehehe.



tengah tunggu flight




 



superHUBBY tengah seronok main game


 







 




 







 





 

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->