Friday, 20 March 2015

Day 2 : Langkawi

Assalamualaikum.
 
Hari ke 2 di Langkawi 17/2/2015. That's mean hari Selasa la. Bangun pagi mandi, solat subuh then bersiap ala kadar untuk pergi melawat pulau. Hehehehe. Perasaan excited tu memang melampau sangat-sangat. Sebelum gerak ke Jeti, kitorg breakfast dulu di area Balai Bomba nun. Aku tak ingat nama tempat dia apa. Pukul 8.45am gerak ke Eagle Bay, sebab dah ada tour guide tunggu kat sana. Ktorg berempat tunggu sampai boat tiba di jeti. Naik boat then bermula lah jelajah di Pulau yg ada. 1st pulau yang ktorg pergi adalah BERAS BASAH ISLAND. Abg yg pandu boat tu berhenti selama 45min di pulau tu. Boleh la nak mandi-mandi atau ambil angin kat situ. Oh aku lupa nak bagitahu. Harga rm35/person naik boat utk ke pulau-pulau tu. Ktorg berempat so total rm140. Dah cukup 45min, ktorg naik boat yg sama utk ke SINGA BESAR ISLAND pulak. Di Singa Besar Island tak berhenti lama sangat. Dalam 10-15min jek. Tak silap aku lah. Kalau korg nak tengok helang berterbangan, kat sini lah. Memang pelik kan. Nama Singa Besar Island tapi kenapa banyak helang? Tu aku tak tahu. Korg boleh bagi helang makan. Tapi helang akan makan KULIT AYAM sahaja ye. Ktorg ni punya bijak, pergi bagi roti. Memang tak lah helang tu nak makan. Terbang rendah pon tak nak. Ada yg bagi epal lagi. Hehehehe. Memang kelakar. Lepas melawat Singa Besar Island ni, last pulau kita lawat adalah Dayang Bunting Island. Ada cerita pasal dayang bunting ni. Kalau korg nak tahu, boleh bukak google baca sendiri eh. Hehehe. Apa yg aku tahu, kalau datang Pulau Dayang Bunting ni mulut korg kena jaga sikit. Jangan mencarut. Jangan cakap besar. Sebab dari cerita yang aku dengar, ada sorang pelancong cakap besar, then terus terjun ke pulau tu. Tapi lain pulak jadi nya. Pelancong tu tak muncul-muncul di permukaan air. Cerita tu berakhir kat situ jek. Aku malas nak tanya cerita selanjutnya sebab aku pon dah rasa seram gila bila dengar kisah tu. Sampai di pulau tu, abg boat akan tunjuk mana satu Pulau Dayang Bunting. Memang serupa bentuk badan manusia yg tengah mengandung dan sedang berbaring. Dengan perut besar nya. Muka dan hidung nya. Stay kat situ pun tak lama sangat dalam 5min jek. Lepas tu terus pergi ke kawasan mandi. Nak pergi kawasan mandi tu kena menaiki tangga, turun tangga. Memang penat tapi enjoy. Hehe. Aku dah superHUBBY memang tak berniat nak mandi. Just nak jalan-jalan tengok macam mana kawasan tu. Bff ktorg dan wife dia dah lama terjun dalam tasik tu. Untuk pengetahuan korang, pulau dan tasik tu seperated eh. Berlainan kawasan. Tapi dalam pulau yg sama. Hehehe. Ktorg tak berminat nak mandi manda sebab superHUBBY takut sunburn. Hahaha. Takde lah. Actually, kami malas nak tukar baju. Kena bawak banyak baju sebab di setiap destinasi perhentian tu mesti nak mandi. So kami duduk dan basahkan kaki jek. Lagipun cuaca di sana sangat panas. Dengar khabar dah sebulan Langkawi tak hujan. That's why kalau mandi, memang kulit akan terbakar. Dah habis jelajah Pulau Dayang Bunting, tunggu boat sampai then patah balik ke Jeti. Sampai jeti rasa lapar pulak. Tak jauh dari jeti tu ada food court, ktorg berhenti then lunch kat situ jek. Malas nak cari kedai jauh-jauh. Habis makan, balik bilik, mandi, solat lepastu rehat-rehat kejap then keluar balik menikmati suasana malam di Pantai Chenang. Stay lama sikit sebab suasana malam sejuk dan memang sesuai utk orang yang nak dating macam ktorg. Hehehehe. Suasana malam dia boleh la. Cantik jugak. Dengan cahaya nya. Aku bagi 3 bintang. Hahahaha.
 
 
 

nak bertolak ke Jeti.

 




Sementara menunggu Tour Guide kami sampai.


 
 


atas boat nak pusing-pusing pulau.

 


Beras Basah Island.

 


nak ke Singa Besar Island.

 


 


 Cuba cari dimana helang. hehehe.


 


lagi gambar Singa Besar Island. Tempat bagi helang makan.

 



Ni lah Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk orang sedang berbaring? tu lah pulau nya.


 


Pintu masuk Tasik Dayang Bunting. Cantik kawasan Dayang Bunting Marble ni.



 


Di tasik Dayang Bunting.

 


sedapnya landing pipi atas kepala kita eh.

 


arrow ke tasik.

 



Ni lah kawasan Tasik Dayang Bunting. Tempat mandi. yg kena naik tangga turun tangga bagai tu.



 


Pantai Chenang

 



tak ready lagi lah abg.

 


terjumpa budak sesat. hehehe.


 

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->