Friday, 27 March 2015

DAY 3 : Langkawi

Assalamualaikum.
Hari ke 3 di Langkawi. Bangun, mandi, solat subuh dan keluar breakfast. Lepas breakfast balik bilik semula. Sebab hari ke 3 ni hari untuk isteri-isteri dimanja kan. Heheh. Shopping time. Kebetulan Haji Ismail Group tempat beli coklat tu dekat dengan rumah yang kitorg sewa. So ktorg decide pergi sana petang. Pagi tu ktorg ke Cable Car dulu. Perjalanan rumah sewa kami ke Cable Car lebih kurang 1jam tak silap, sama perjalanan nak ke Lapangan Terbang Langkawi. Satu laluan jek. Wan & Dza plan pergi pagi sebab kalau pergi Cable Car lewat sikit jek confirm macam sardine punya. So kitorg follow jek plan yang dorg dah sediakan. Sampai Cable Car dalam pukul 8.30pagi. Tak ramai orang pun time tu. Sempat lah nak jalan-jalan tengok kawasan. Hehehe. Aku tak ingat amount sebenar untuk naik Cable Car ni berapa ringgit. Rm30/person kot. Tak sure. Kitorang ambil yang pakage punya. Dalam Rm50/person macam tu. Kita dapat pergi 3 tempat ni. Cable car + Dome + Langkawi Interactive 3D Art Museum. Untuk pengetahuan korang, 3D Art Museum adalah yg pertama besar dalam Malaysia. Dari apa yg pekerja kat situ bagitahu lah. Aku angguk-angguk geleng-geleng jek. Hahahaha. Boleh tahan besar jugak 3D art museum tu. Sakit kaki aku berjalan pusing dalam tu. Setelah selesai berjalan dalam tu, superHUBBY dan Wan menyempat lagi nak main kereta racing. Tempat kereta racing ni bersebelahan jek dengan kaunter tiket utk naik ke Cable Car. Kami Sang isteri melayankan lah si Sang suami. Takut si Suami ni mengidam pulak kalau dah balik Johor nanti. Hahahah. Seperti yg telah dijangkakan, memang padat dan ramai sangat manusia yg nak naik ke Cable Car tu. Aku tengok pon dah sakit kepala. Inikan pulak orang yg menunggu dalam cuaca yang panas terik tu. Boleh pitam kot. Dah puas berjalan dalam tu, kami keluar cari makanan untuk makan. Lepas makan, balik rumah sewa, mandi, solat dan tidur sekejap. Dalam pukul 2 lebih, kami keluar menuju ke Idaman Suri pulak
. Shopping apa yang patut. Di Idaman Suri ni banyak jual barang peralatan dapur. Macam periuk-periuk, kuali, sudip, cawan bagai la. Aku tak beli banyak. Sebab tu bukan tujuan utama aku ke Langkawi. Tapi memang betul. Siapa nak beli barang dapur, situ memang murah. Boleh dapat 1/2 price berbanding di Johor sebab sana bebas cukai kot. Lepas ke Idaman Suri, kami gerak ke Makam Mahsuri pulak. Tiket masuk ke Makam Mahsuri hanya rm10/person. Masuk dalam, pusing sana pusing sini then keluar. Seronok gak masuk dalam tu. Dapat pengalaman baru. Siap ada anak dara tolong nyanyikan lagu utk korang lagi. Hahahaha. Dalam 1jam stay sana, ambil gambar lepastu kami keluar pergi ke Beras Terbakar. Jalan-jalan, makan-makan then terus ke Kilang Gamat Nusantara pulak. Tempat-tempat yang kami pergi ni semuanya dekat-dekat jek. Tak jauh mana pun. Sebab tu kalau nak pergi Langkawi better korang stay dekat Pekan Kuah. Senang nak ke Jeti, nak ke kilang coklat. Semuanya dekat. Cuma nak ke Lapangan Terbang Langkawi jek agak jauh sikit dalam 40minit perjalanan. Sesudah borong minyak gamat dan segala ubat yang nak  dibelinya, seperti yang dijanjikan. Masa untuk membahagiakan sang isteri di Haji Ismail Group. Hahahaha. Aku tahu sang suami tengah berkerut muka menahan rasa takut. Hahahah. Takut bila isteri shopping tak ingat dunia. Tapi aku isteri yang sangat memahami. Tak nak menyusahkan superHUBBY sixpax aku tu. Hehehe. Beli ala kadar untuk kawan-kawan dan family.



 
 


Pintu masuk Cable Car pada pukul 8.30pagi. Kosong takde orang pun.



 


SuperHUBBY pulak suka ambil gambar masa kat Langkawi.
 


Geng Holiday. Next trip please guys !!



 



di Puncak Cable Car


 


Isteri terCOMEL. hahaha.

 






 






 




 






 






 



superHUBBY terHANDSOME.

 





macam nak solat pulak.
 

 



Romantik betul superHUBBY.

 




Hati-hati abang, nanti terjatuh.

 





ANGEL
 





takutnya saya !!

 









 







 






 



Racing car
 



di Makam Mahsuri 



p/s : banyak gambar di Cable car jek. Di Kilang Haji Ismail Group tak sempat ambil gambar sebab dalam otak dah fikir nak coklat jek. hehehe.

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->