Wednesday, 1 April 2015

DAY 4 : Langkawi

Assalamualaikum.
So, total hari kami stay di Langkawi adalah 4hari 3malam. Kami pergi Langkawi ni main redah jek. Takde guna khidmat agen pelancongan pun. Lagi best kot pergi macam ni dari ikut group ramai-ramai. Lagipun superHUBBY aku bukannya suka pergi ramai-ramai sebab takut tak sekepala or whatever. Kalau korang tanya aku, aku akan jawab. " Aku ok jek. Mana-mana pon boleh". Tak jadi masalah bagi aku. Hehehe. Ada masa best pergi ramai-ramai. Ada masa best pergi berdua jek. Pergi berdua tu kalau korang nak honeymoon or nak privacy. Haa, tu boleh la. Tengok pada keadaannya jugak. Ok, untuk hari last ni, plan nya lepas breakfast kami nak balik rumah sewa semula. Nak sambung tidur. hehehe. Tapi mimpi yang indah hanya tinggal mimpi sahaja. Wan call Penyelia Bank yang bagi kami sewa rumah ni. Mulanya nak tanya kami kena check out pukul berapa. Rupanya Penyelia tu dah ada kat bawah rumah. Kelam kabut gila aku dibuatnya. Barang-barang shopping dah pack cuma pakaian jek tak pack lagi. So, sepantas kilat aku buat kerja. Menyempat lagi makeup kau. Tak nak kalah. Selalu nak nampak cantik depan superHUBBY. hehehe. Maaf la ye, tak sempat nak kemas bilik. Tu lah siapa suruh buat aku kelam kelibut. Apa yang aku fikir, jangan sampai barang-barang aku tertinggal. Tu jek. Campak la dalam bag mana pun, janji hadooo dalam bag tu. Nanti sampai KL boleh susun elok-elok. Pukul 10am kami dah kena check out. Tak tahu nak kemana. Kami sebagai isteri telah jalankan tanggungjawab kami lagi sekali. SHOOOOOPPPINGG !! Kali ni pergi cawangan Haji Ismail Group yg lagi satu. Bangunan yang besar sikit. Dekat dengan Balai Bomba. Masuk dalam tu shopping coklat lagi sekali. heheh. Dza pulak shopping pinggan mangkuk untuk kali yang ke...... tak ingat lah. Dza memang kuat shopping. Wan dah garu kepala jek. Hahahaha. Kali ni aku dan superHUBBY mampu gelak jek kat wan. Takpe la wahai suami-suami. Anggap jek la sedekah sebab keluarkan duit untuk isteri-isteri mu ini. Bukan untuk orang lain pon. Untuk orang yang korang cinta jugak kan. Kira HALAL jek la ye. Hahahah. Flight ke KL pukul 7.45pm, kami sampai di Lapangan Terbang Langkawi pukul 5pm. Check in, jalan-jalan dulu. Lepak-lepak, wrap bag, then tiba la masa untuk berlepas ke KL. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Guys, plan next trip please !! Nak holiday lagi. SuperHUBBY tolong kumpul duit utk next trip boleh tak? heheheh.








 






 




p/s : ni jek gambar yang ada. Memory hp dah full. hehehe.

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->