Thursday, 2 April 2015

Melawat Kuala Lumpur

Assalamualaikum.
Memandangkan hari ni takde patient, mood nak meng"update" tersangat lah rajin. Hehe. Sebenarnya aku dah lama mengidam nak makan dip N dip, meatball ikea dan ice cream magnum. Ye, aku tahu ice cream magnum tu bersepah jual di merata tempat. Tapi tekak ni mengada nak dekat Mid Valley tu jugak. Taknak dekat tempat lain. Terpaksa lah si suami-suami bawak si isteri-isteri pergi mencekik. Puas kan nafsu makan dalam 1 hari tu. Balik dari Langkawi, kami stay KL 1 hari. Cari hotel berdekatan rumah mak mertua Wan. Check out pukul 12 tengah hari. Kami terus ke Ikea. Cari meatball. Heaven gila kau bila dapat makan makanan yang dah kau idam berkurun lama. Aku badget makanan dia mahal-mahal. Tapi bila bayar, tengok harga memang berpatutan. Berbaloi la dengan beaf steak, ayam panggang 1/2 ekor, mushroom soup, meatball 40biji, roti. Banyak lagi lah. Harga dalam rm100 lebih jek. Makan untuk 4orang. Berbaloi sangat. Sengih kat superHUBBY sambil bisik kat telinga. "Boleh datang lagi ni". Heheheh. Lepas makan, layankan si suami-suami pulak pergi tengok wayang. Macam tu lah kami. Give and take katanya. Lepas layan kerenah isteri, layankan kerenah si suami pulak. Gitu. Keluar wayang terus turun tingkat bawah pergi makan Dip N Dip pulak. 1 pinggan Dip n dip tu kami share 4 orang. Aku tak larat nak habiskan sorang sebab terlampau manis. Rasa memang sedap. Biasa lah coklat kan. Muak sikit la. Kalau makan sekali sekala boleh la. Kalau makan hari-hari jadi tong dram lah korang jawabnya. Harga 1 pinggan Dip n Dip tu dalam RM20. Lepas pergi Dip n Dip, drive laju-laju pergi ke Mid Valley pulak cari Ice cream Magnum. Kira nya kali ni aku betul-betul puas hati la pergi KL. Dapat apa yang aku nak. Heheh. Alhamdulillah.







Ni makanan si suami-suami 




Terliur x? cover lah sikit air liur nya.







Dip n Dip yang sungguh menyelerakan. 






makanan si isteri-isteri






meatball IKEA.



























































No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->