Friday, 23 October 2015

Anugerah Terindah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dengan izin ALLAH hampir setahun aku melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta superHUBBY Russydi Radzuan. Pada 9/7/2015 aku disahkan mengandung anak pertama kami. Sebenarnya aku memang bermasalah sikit dengan kitaran haid aku yang tak menentu. So, aku pon buat bodoh jek la. Malas nak amek port sangat. 8/7/2015 tu aku gatal tangan buat Urine Pregnancy Test sendiri kat rumah. Dan hasilnya negative. Tak berharap sangat aku dan suami taknak kecewa bila terlalu mengharap kepada sesuatu. Tapi aku perasan badan aku lemah tak bermaya dan selalu loya. Keesokan harinya, pergi kerja macam biasa tapi dalam masa yang sama kepala pening pening lalat dan muntah beberapa kali. Kawan kerja aku decide suruh hantar urine ke makmal. Katanya ujian makmal lebih tepat nak dibandingkan dengan Urine Pregnancy Test yang kita beli dekat farmasi tu. Aku ikutkan jek lah. Yela, bila kau dah tak bermaya apa orang suruh kau ikutkan jek. Hehehe. Tak sampai 1jam orang makmal call dan beritahu result urine aku POSITIF. Aku pon tak tahu nak sedih ke nak gembira. Aku beritahu superHUBBY of course la dia sangat sangat dan tersangat gembira. Malam tu terus ke klinik buat scan perut dan kandungan masa tu baru berusia 5minggu. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa kami. Nak dipendekkan cerita aku yang panjang lebar ni. Lepas aku dapat tahu aku mengandung, mulalah episod Morning sickness aku datang. Episod ni yang paling aku tak tahan. Hari hari aku akan muntah. Makan ke tak makan ke mesti muntah punya. Makanan yang sebelum ni menjadi favourite food aku, waktu mengandung ni lah aku paling tak boleh nak makan. Sekali makan jek mesti muntah. Mulut keluar, hidung pon keluar. Terasa macam seksa tapi aku gagahkan jugak. Sampai lah kandungan aku berusia 3bulan. Lepas 3bulan, morning sickness aku hilang serta merta dan secara tiba-tiba. Alhamdulillah dan sekarang aku boleh makan apa jek yang aku nak makan. Sekarang berat naik melampau pulak. Sepanjang mengandung ni berat badan dah naik 21kg. Hehehe. Yang penting, anak dalam kandungan ni sihat sejahtera seperti mama dan papa dia. Amin.

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->