Friday, 3 June 2016

Muhammad Hariz Iman bin Russydi

Assalamuaalaikum..

Memandangkan ramai yang tanya macam mana rasa bersalin kan Hariz. So aku dengan rajinnya nak cerita dekat blog jek. Sebab aku rasa tak larat nak cerita panjang-panjang kat semua orang yang bertanya. Bukan malas tapi almaklum lah anak pertama kan. Kalau start bercerita, rasa taknak ada yang tertinggal walaupon satu ayat. Hahahaha. Sebenarnya due date aku 10/3/2016 tapi kenapa entah superBABY taknak keluar. Plan nya kalau superBABY keluar ikut tarikh 10/3/2016 yang diberikan doktor tu, sekali jalan 12/3/16 nak buat majlis doa selamat, potong jambul dan birthday superHUBBY. Tunggu punya tunggu, superBABY tak keluar juga. Tunggu lagi sampai birthday superHUBBY. Tak keluar jugak. Tapi majlis doa selamat dan birthday superHUBBY tetap diteruskan walaupon ketiadaan superBABY. SuperBABY sedap duduk dalam perut mama dapat makan banyak agaknya. Hehehe.

15/2/16 - Isnin

Pergi kerja macam biasa. Due lambat lagi. SuperBABY aktif jek. Tengah hari naik ke foodcourt beli makanan. Macam mana entah boleh muntah-muntah & cirit birit pulak lepas makan tu. Bertahan sampai habis kerja pukul 5pm. Muntah jangan cakap la. Banyak kali dan sampai badan lembik. Tapi gagahkan jugak. Masih nampak cool N steady jek. Balik mak mertua ambil. Sampai dalam kereta muntah lagi, lagi dan lagi. Singgah pergi klinik panel. Doktor bagi ubat tahan muntah . Makan ubat tu tak sampai 1 minit dah muntah balik. Minum air pon keluar balik. Buat keputusan utk balik rumah rehat. Balik rumah mandi, solat dan terus tersadai atas tilam tak boleh bangun. Keep on muntah. Pukul 8pm superHUBBY balik kerja tengok aku dah memang teruk sangat. Tak boleh bangun. SuperHUBBY ingat aku cuma hypo jek. Bagi minum air manis. Still lagi muntah. SuperHUBBY dah gelabah. Aku tengah sarat, kena pulak food poisoning. Perut mengeras jek. Dah tak tahan sangat sampai kena papah pergi Emergency HSA. Tunggu punya tunggu, last sekali kena masuk ward sebab superBABY tachycardia & distress. Doktor check bukaan baru 1cm. SuperHUBBY tunggu sampai pukul 4am nak uruskan kemasukan ward. Pagi tu juga superHUBBY kena kerja. Memang tak tidur seharian.

16/2/16 - Selasa

Masih di ward. Jalan masih sama 1cm. Tiada tanda-tanda nak bersalin pon. Buat relax jek. Tanya nurse boleh balik tak? Nurse cakap macam takde harapan jek boleh balik hari ni sebab air kencing kotor ni sambil tersenyum kat aku. Aduh !! Muka aku stress. Takpe relax lagi.

17/2/16 - Rabu

Doktor bagi balik. Semua dah ok. Aku pon dah tak muntah-muntah dan cirit birit lagi. Hati ada bunga-bunga sikit. Tapi muka masih maintain cool sebab takut tiba-tiba doktor buat keputusan tak bagi balik pulak kang susah nanti. Hahahaha. Ku pikirkan tengah hari balik. Rupanya petang pukul 6pm baru discharge. Lama gila aku tunggu dari pagi kot tapi takpe. Dorang bagi makan tengah hari dan petang. Nasib tak kebulur aku tunggu lama-lama. Mak, ayah dengan adik dah tunggu. Jom balik !! Yeah !! Dorang hantar aku balik rumah mak mertua. Sempat pergi pasar malam lagi ok. Hahaha. Adik 2nd last call cakap atok meninggal. Pang !!!! rasa macam kena tamparan hebat. Baru keluar ward, atok pulak meninggal. ALLAHU !! Aku dengan mak mertua & kakak ipar pergi balik rumah mak aku kat Tampoi. Sementara tu aku tunggu superHUBBY kat sana. Alhamdulillah. Majlis pengebumian berjalan lancar. Moga ALLAH pelihara atok. Kami rindu Abah Tok. =(

12/3/16 - Sabtu

Majlis doa selamat berjalan lancar. Alhamdulillah. Ramai datang tanya bila due? Aku ketawa cakap dah lepas pon due date 10/3/16. Dorang pegang perut then cakap " Alaaaa, tinggi lagi ni. Lambat lagi ni nak beranak". Aku macam biasa cool & steady. Hahahaha. SuperBABY aktif macam selalu. Kaki tendang kiri kanan perut aku sampai sakit perut ni. Hehehe.

13/3/16 - Ahad

Hari ni memang hari off aku. Duduk rumah buat kerja macam biasa. Basuh baju, lipat baju, gosok baju kerja aku dan superHUBBY, sapu sampah, masak dll. Sempat deco balik bilik tidur. Katil mengadap sana la sini la. Hahahah. Panjat kerusi buang sarang labah-labah kat bilik. Nak dijadikan cerita agaknya, terjumpa handphone superHUBBY tertinggal kat rumah. Selama ni tak pernah tertinggal handphone pon. ALLAH maha BERKUASA. SuperHUBBY call dari tempat kerja. Pesan awal-awal kalau sakit call office dia. Aku ok jek. Relax macam selalu lah kan. Lepas solat maghrib, duduk sembang dengan superBABY dalam perut. Lepas sembang aku pon baring main handphone. Terdengar bunyi "pop". Dalam hati bunyi apa lah tu. Tak sampai 30saat tilam aku basah. Penuh dengan air ketuban. Masih lagi cool. Keluar bilik bagitahu mak mertua. Mak mertua suruh pakai pad dan duduk atas kerusi supaya air ketuban tak keluar deras. Rasa nak terberak. Mak mertua tak bagi pergi toilet sebab takut aku terberanak dalam toilet. Ok aku tahan kan. Call mak aku cakap dah leaking. Mak cakap ok. Hahaha. Eh, kenapa semua relax jek? Aku pon relax la. Call office superHUBBY takde orang jawab. Maybe dah otw balik kot. SuperHUBBY sampai rumah nak dekat pukul 9pm. Pandang superHUBBY sambil senyum. Aku bagitahu air ketuban dah pecah. SuperHUBBY kelam kabut ajak pergi hospital. Aku cakap nanti dulu lah. Jom la makan dulu. Lepas makan baru gerak pergi hospital. Sampai hospital pukul 10pm lebih. Check dah bukak 3cm. Kena duduk dalam Labour Room sampai bersalin kata doktor. SuperHUBBY boleh masuk teman. Message Matron & kawan tempat kerja bagitahu esok tak kerja sebab nak bersalin dah. Hahahah. Confident jek akan beranak kan.

14/3/16 - Isnin

Pukul 4am contraction mula terasa. Boleh tahan lagi. Just mild contraction. Rasa macam sakit pinggang time period. Sembang dengan superHUBBY sambil suruh dia urut pinggang. Gelak-gelak siap selfie lagi. Setiap masa nurse datang check bukaan. Pukul 6am nurse check lagi bukaan dah 8cm tapi tak boleh push lagi sebab tak cukup 10cm. Tunggu lagi. Time ni sakit memang dah menggila. Bukan sakit kat bawah tapi sakit kat pinggang belakang macam tulang nak patah. SuperHUBBY urut pon dah tak berasa lagi. Rasa tak boleh nak tahan lagi tapi aku cuba tahankan jugak. Otak ni ligat ingatkan balik apa pesanan mak, kawan-kawan dan orang sekeliling. Tarik nafas lepas, istighfar banyak-banyak. SuperHUBBY memang tak jauh dari aku. Ajar aku mengucap, istighfar. Aku nampak airmata dia mengalir dan mulut dia tak lekang dari doakan aku. Terima kasih Abang !! Doktor datang dan ready suruh aku push.  Aku pon push sambil superHUBBY angkat sikit badan aku. Bilik aku dah macam pasar malam sebab ramai sangat nurse, JM, sister, dengan student yang belajar medical. Aku tak pandai kawal nafas. Doktor suruh superHUBBY keluar dari bilik LR sebab nak bantu aku keluarkan superBABY guna vacuum. Takut superBABY lemas duduk lama-lama dalam perut ni. Aku pon tak perasan bila doktor buat episiotomy kat aku. Memang tak rasa doktor gunting. Tepat jam 9.45am aku selamat lahirkan seorang putera dengan berat 3.5kg hasil perkahwinan aku dan Russydi Radzuan dan diberi nama MUHAMMAD HARIZ IMAN BIN RUSSYDI. Genap sebulan selepas Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang pertama. Cantik sungguh aturan ALLAH untuk kami. Untuk pengetahuan semua, superBABY keluar dan diletakkan diatas dada aku dalam keadaan biru dan tak menangis ok. Aku terkejut dan menjerit ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! Lepas nurse ambil anak aku dan bersihkan, baru aku dengar suara si kecik tu menangis. Syukur alhamdulillah semua selamat.






























                                                                                                                                Majlis potong jambul pada 21/5/2016











No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->