Monday, 7 November 2016

Suri rumahtangga atau bekerja?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi peluang utk hidup dan masih bernafas utk menjalani liku liku hidup yg penuh dgn pancaroba. Acewaaahhh !! Cerita pasal ni aku kadang kadang boleh jadi sakit hati dan menyirap sikit. Situasi yg aku nak cerita ni lain sikit. Cerita dia mcm ni. Pernah jugak la dengar ada suara suara sumbang cakap. Kalau takde orang jaga anak baik kau berhenti kerja. Laki kau kaya. Laki kau boleh tanggung kau. Berhenti jek. Wey !! Mulut kau sedap jek cakap mcm tu kan? Aku rasa nak siat siat mulut orang yg mcm ni. Mulut serupa longkang. Yg tak reti nak jaga hati orang lain. Kalau laki aku kaya pon bermasalah dengan kehidupan kau ke? Ada ganggu periuk nasi dekat rumah kau ke? Tak kan? Oh mungkin kau belum punya anak. Kau tak rasa mcm mana seorang ibu rasa. Memang susah nak tinggalkan anak di rumah pengasuh. Tapi itulah yg perlu kami tanggung. Dengan ekonomi negara sekarang ni. Aku pulak rasa ngeri dengan negara kita ni. Walaupon gaji suami cukup untuk tampung kehidupan kami sekeluarga tapi aku sendiri yang rela hati nak bekerja untuk dapatkan duit poket sendiri. Dan suami aku tak pernah halang untuk aku bekerja. Aku suka beli barang makeup. Aku suka makan. Aku suka shopping. Takkan lah semuanya aku nak harapkan duit gaji suami aku. Aku lebih selesa gunakan duit aku sendiri untuk beli barang kepentingan aku. Aku tak nak menyusahkan suami aku. Dia sediakan keperluan rumah, makan pakai cukup. Itu sudah memadai bagi aku. Sudah sudah la tu nak cari salah orang. Tengok kehidupan sendiri dulu. Ubah cara hidup, percakapan tu. In sha ALLAH moga kau lebih tenang lepas ni. Moga kau tak sibuk nak jaga kisah rumahtangga orang lain lagi lepas ni. Mana tahu kan? Semoga ALLAH berikan kau kebahagiaan supaya kau boleh tutup mulut lepas ni. Tak kepoh lagi pasal orang. =)

No comments:

SHOUT BUSUK : Start !-->